Monday, December 22, 2008

SAMBIL INTERNET KITA CARI DUIT POKET ....JOM


Anda pasti berasa seronok bila menjana pendapatan RM30 hingga RM150 sehari bukan? Sekarang anda boleh mulakannya dan dapatkan pendapatan anda hari ini, bukan setakat RM150 malahan lebih..
Anda cuma daftarkan email anda dan anda akan menerima penerangan mengenai program HEBAT ini.

Kenapa? Ragu-ragu dengan program ini?
Anda tidak perlu risau kerana pendaftaran ini PERCUMA dan ini bukan pendaftaran keahlian dan ianya tidak akan merugikan sesiapapun.

Daftar PERCUMA untuk keterangan lanjut www.kliks.my/mohdadhah

Sunday, November 30, 2008

businesses through your mobile phone.

MWPAY provides the secured platform and mobile technology for members to gain access to a wide variety of mobile-commmerce and mobile-enabled services such as mobile shopping, mobile payment, mobile information and mobile pre-paid reloads.
Secured, Fast, Convenient & Highly Rewarding - Mobile-commerce at the convenience of your fingertips- Highly-secured transactions and total peace of mind
Risk Free, High Returns- Earn more as you use more- High Potential Earning Yields with Various Bonuses and Rewards
Reload Your Mobile-phone & Gain Extra Airtime Credits - Get More Airtime Credits by reloading through your mobile phone with MWPAY
Earn up to 5-level Bonuses and Rewards - The added-advantage of earning from multiple sources of income and rewards
Monthly Promotions & Specials - Exciting promotions and freebies geared up monthly for members- Membership Loyalty Rewards & Programs
Strong, Secured Networks

pls contact me 0199809486 adha

Wednesday, November 12, 2008


gambar keluarga

Saturday, November 8, 2008

haaaa.... ni lah dia 9w2adh (mohd adha )
La ni Qth di taman kerayong indah (PAKR) padang luas bera pahang. Asal kampung kat kampung Tedong Lanchang Pahang. Xyl orang felda bukit puchong... Harmonic ada 3 org.

Berminat dalam bidang elektikal dan elektronik. Hajat tu nak buka satu kedai elektronik di bera ni... tapi belum kesampaian lagi inssyaallh.....

Dalam dunia radio amatur lak ... pertama tu terimakasih lah pada 9w2frd (firdaus) yang telah memperkenal kan dunia radio amatur kat saya. Masa tu memang minat gila lah pada perhubungan melalui gelombang radio ni ...cuma tak tau caranya je. jumpa gan firdaus dah berubah la ni dah jadi ham radio. mula2 qso gan dia je lah kat kerayong ni. Dengan bonda dia 9w2rby dan abang ngahnya 9w2aza....

Pah tu bincang gan frd kita tambah kan ahli di bera ni untuk jadi ham bera .Bila dah ramai senang sikit nak berQSO. Cari punya cari dapt lah dua tiga rakan yang berminat. Alhamdulillah wujud lah 9w2mzr , 9w2nmz , 9w2eho 9w2jop. Tambah lagi dengan 9w2twh, 9w2kek ,9w2ryd.

La ni trakan2 di daerah bera tengah giat untuk mengembangkan lagi dunia radio amatur dan membantu rakan2 swal yang baru untuk menduduki kelas rae pada tahun 2008 ni. Sambutan amat lah mengalakan.

Jadi ham, radio ni amat lah seronok . Masa bermobal2 (naik kereta) dapat berQso gan rakan2. Tak kira lah dari utara ke selatan ke barat . Dapat bersalaman gan rakan2 di astra , nasrac bah kan kat indon pun ada. Seronok lah. Ramai rakan2. Yng tak boleh dilupa masa belakunya kemalangan kat diri saya. Masa tu rakan2 ham lah yang banyak membantu . Rakan2 bera dan temerloh dan tak lupa buat 9w2rzl (rizal) ... yang membantu masa dalam wad kecemasan. Ada gak dari rakan2 luar yang sms. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat...Syahdu lah pulak.

Habih bab tu..... Cita2 untuk mengumpulkan rakan ham didaerah bera ni bermula bila ahli dah makin ramai. Perlu ada satu tempat untuk kita bernaung lah kata org...Setelah berbincang sama2 frd,mzr twh dan rakan2 lain .. kita wujudkan peramah wilayah bera. La ni alhamdulillah lah dah di tubuhkan . Pah tu ada rumah kelab sendiri dapat berkumpul bincang2 tt dan macam2 lagi lah. Kalau rakan2 luar lalu kat daerah bera ni kita pukat leh jumpa. Harap2 benda ni akan terus berkekalan hingga lah kegenerasi yang seterusnya.

Tapi selain dari tu kalau boleh daerah temerloh karak bentong dapat wujudkan ajk2 macam ni lagi seronok. NI angan2 jelah ... masa tu kalau dah dearah dah ada tubuh ajk2 di bawah peramah... kita leh buat aktiviti2 sukan ke tak kira lah apa2 aktiviti yang perlu. Kita buat perlawanan dengan daerah2 .Disamping tu juga mungkin kita leh bantu peramah negeri untuk wujud kan repeter untuk link kan seluruh pahang. waaaaa nak qso lagi best.

ni gambar masa buat kelas rae kat balai bomba triang. terimakasih banyak2 buat 9w2kek (jais) yang telah mendaptakan tempat untuk kelas rae di buat di balai bomba triang.

Thursday, November 6, 2008

Dari kiri : 9w2frd , 9w2mzr,9w2eho,9w2adh,9w2ryd,9w2kek,swal duan swal man
MESYUARAT PENUBUHAN PERAMAH DAERAH BERA

Monday, November 3, 2008

salam sejahtera

Radio amatur adalah perhubungan melalui gelombang radio. Pada asasnya radio amatur adalah satu hobi. Tetapi setelah merasai sendiri setelah lulus rae , setelah menjadi ham radio ianya bukan setakat hobi malah banyak menafaatnya. Kata orang tak kena maka tak cinta. Perhubungan melalui gelombang radio kita dapat mengiratkan silaturahim sesama manusia tak kira pangkat, usia dan statusnya melalui udara. Jadi gunakan lah perhubungan ini dengan baik. Kalau boleh biarlah radio ham ni bersatu . mewujudkan suasana berQSO di udara dengan lebih akrap lagi. Tingkat kan lagi pancaran , iratkat persaudaraan .

Saturday, October 18, 2008

RADIOAMATUR

Bila kita menyebut perhubungan radio kita akan kaitkan dengan jabatan-jabatan tertentu seperti polis , tentera dan jabatan-jabatan yang lain. Semua perhubungan radio ini di kawal selia oleh suruhanjaya komunikasi dan maltimedia malaysia (MCMC). Tetapi bagi orang awam , selain sebagai hobi kita boleh menggunakan peralatan radio ini untuk berhubung dengan negara luar. Mengikut syarat-syarat dan frekuansi yang ditetapkan oleh MCMC.

Perhubungan yang dimaksudkan adalah radio amatur. Untuk menjadi sebagai seorang radio amatur ianya perlu lulus dalam peperiksaa RAE. Peperiksaan ini di kelolakan olehMCMC. Sehubungan dengan itu bagi rakan-rakan yang telah lulus dengan tulus iklas akan cuba membantu rakan -rakan yang akan mengambil RAE. Ia nya terpulang lah pada diri sendiri tepuk dada tanya hati.

Seorang radio amatur apa bila telah lulus ianya di panggil ham radio. Sebagai seorang ham radio , dengan menggunakan peralatan yang sedia ada ianya akan dapat mengiratkan silaturahim di antara rakan-rakan dalam dan luar negara.